
Petrol naik, minyak masak naik, bawang, gula, rokok, ayam, beras boleh kata semua barang naik harga tahun 2011 nie mahu pun tahun-tahun yang akan datang. Menteri kata, kalau tak nak barang naik, sayur tanam sendiri, petrol gali sendiri, ayam bela sendiri. Kepala hotak dia, payah betul kalau menteri sekolah tak abis.
Anda jangan risau, walaupun menteri bongok tapi kerajaan kita masih baik hati. Selepas kepala hotak menteri yang sorang tadi campur dengan kepala hotak menteri yang lain maka wujudlah E-kasih. Kerajaan sanggup keluarkan duit kerajaan sendiri bukan duit pembayar cukai untuk membantu rakyat. Dekat situ kita nampak kerajaan dapat menjimatkan duit rakyat. Duit rakyat masuk poket kerajaan, kerajaan pakai duit sendiri. Nampak? Memang bijak.
E-kasih nie, tak perlu penjamin, tak perlu login facebook hari-hari dapat RM100, tak perlu main nombor, tak perlu join MLM, tak perlu tunggu bonus, tak perlu tunggu gaji naik. Apa yang anda perlukan hanyalah daftar online dalam E-kasih untuk semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada Rm1500 (Bandar) atau Rm1000 (Luar Bandar) sebulan.
Pakat daftar ramai-ramai di https://www.ekasih.gov.my
p/s:untuk yang hardcore sokong kerajaan sahaja.
No comments:
Post a Comment