Monday, March 21, 2011
Top 5 Handset OEM 2001-2010
[Source]
Sejak bertahun-tahun pakai Nokia baru tahun nie aku memutuskan untuk beli telefon baru iaitu smartphone yang mengunakan OS Android. Aku tak pernah tukar telefon sejak 2005 pasal aku masa tu dah target Iphone. Telefon lain tak nak pasal mambazir tak sama macam Iphone. Tapi sekarang, selamat tinggal Iphone. Dah la mahal, application pulak kena beli sedangkan Android ada yang percuma jer dia bagi. Samalah dengan Blackberry.
Aku pilih untuk pakai HTC Wildfire Android 2.2 pasal nie jer yang murah dan dalam kategori budget phone. Kalau ikut hati nak beli HTC Evo 4G. Rupa-rupanya tak masuk Malaysia. 4G dekat Malaysia pun mana ada lagi. Aku ada 2 pilihan masa tu nak beli LG Optimus atau HTC Wildfire. Last sekali aku beli HTC pasal HTC kalau nak godek nak upgrade lebih compatible.
Aku ingatkan tahun 2010 HTC dah pecah masuk dalam top sales telepon, rupanya tak top lagi. Pasal aku beli tak tengok brand, yang penting Android dan brand tu dapat tahan lama macam pakai Nokia. Kalau baling pun susah nak rosak apatah lagi kalau masuk air.
Mungkin tahun 2011 baru naik top 5. Tapi tak guna anda beli handphone canggih kalau anda guna untuk call, sms dan facebook sahaja. Lagi membazir beli kalau internet tak ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment