Wednesday, April 20, 2011

Arsenal 1 Liverpool 1

Minggu nie penat tengok bola, semua game lewat. Hari sabtu tgk City lawan Utd. Penyokong Kelantan yang menyokong Man Utd ramai yang tak tengok game malam tu sebab kecewa Kelantan kena belasalah dengan Perak. Kalau tengok jugak menambah derita sebab MU pun kalah jugak.

Pukul 4 pagi pulak El-Clasico. Real lawan Barca. Game nie aku dah tak tahan, tengok tersengok-senggpok. Game seri 1-1. Kedua-dua gol menerusi penalti. Messi amik satu, Ronaldo amik satu.

Esoknya Liverpool lawan Arsenal. 2 gol melalui penalti dalam masa tambahan. Game memang best, penyokong Arsenal dan Liverpool semua berdebar-debar. Lebih ketara adalah penyokong Arsenal yang mengaharapkan kemenangan untuk terus mengejar Man Utd. Dah masuk minit 85 masih buntu mencari gol.

Masa tambahan 8 minit yang diberi oleh pengadil selepas insiden 2 pemain Liverpool, Carragher dan Flannagan yang bertembung sesama sendiri memberi kelegaan kepada penyokong Arsenal yang terus memburu gol. Sementara Liverpool hanya terus bertahan menerima asakan Arsenal. Arsenal memperoleh penalti pada minit 98, Robin Van Persie menjaringkan gol.

Aku pun masa tu dah down giler, last minit memang kalah la. Game start balik, tunggu pengadil tiup wisel. Alih2 tak tiup2 jugak. Liverpool terus counter sampai dapat free kick betul-betul atas line kotak penalti. Kalau ikut aku memang penalti tu, apa nak buat ref bagi free kick jer. Tapi tak per pasal aku kompom Luis Suarez mesti gol. Tapi haram tak gol, down balik. Last skali terima kasih Eboue, penalti minit ke100 untuk Liverpool. Kuyt gol, settle, seri.

Apa yang aku tengok, defence Liverpool memang mantap. Lebih2 lagi 2 pemain muda yang aku tgk memang main bagus. Robinson (def left) dan Flannagan (def right). 2 orang budak nie banyak buat interception yang menyebabkan Arsenal punyer crossing tak complete. Seruisly lagi bagus daripada Glen Johnson. Arsenal punyer midfield mantap, Liverpool macam haram tak dapat nak control ball.

6 point dengan Man Utd, Arsenal masih boleh kejar. Yang paling penting game lawan Man Utd kena menang. Kalau tak menang, tak payah la nak membebel pasal gol Liverpool.

No comments: